Posts

Showing posts with the label blogger

Peripera Ink Velvet

Image
Assalamualaikum and hai bloggers, dah 2 minggu unnie tak update blog. Dalam 2 minggu unnie tak update tu...unnie pergi menimba pengalaman bekerja sekejap. Walaupun hanya 2 minggu tetapi rasa berbaloi sebab boleh rasa pengalaman bekerja dalam bukan bidang kita. Selama 2 minggu tu unnie bekerja dalam bidang sales. Unnie tidak lah terkejut sebab unnie ada contoh iaitu ayah unnie sendiri yang bekerja dalam bidang sales ni. Hari-hari balik malam. Selalu ayah mengadu sakit belakang dengan sakit kaki. itu biasa. Bila kita sendiri bekerja dan merasanya sendiri baru kita tahu rasa penatnya macam mana dan rasa ruginya kalau kita cuti. Mula-mula kerja tu, biasalah kalau buat sales kita tidak dibenarkan duduk...lagi-lagi kalau ada customer. Unnie yang muda ni pun boleh rasa sakit belakang dengan sakit kaki apa lagi kalau orang yang dah berumur masih lagi bekerja, nak lagi kerja dalam bidang macam ni. So, korang mana ada ibu bapa yang masih dan gigih lagi bekerja walaupun dah berumur..kena lah ada ...

March

Image
Edit by Unnie, Photo from StockSnap.io Hello bloggers, sedar tak sedar dah masuk bulan March dah. Sekejap je masa berlalu kan? ye ke? hummm mungkin sebab unnie tak sibuk kot. Bulan March ni apa yang unnie nak cuba buat adalah, pertama unnie nak minum banyak air masak or air mineral. Sebab unnie asyik minum air yang manis je tapi air yang gas unnie tak minum cuma unnie banyak minum air manis je. Hari tu ada try buat, unnie isi air masak dalam botol or beli air mineral yang dalam botol besar tu baru unnie minum sampai habis air tu kalau bukan dalam botol unnie susah nak minum air masak. Pelik? Unnie pun rasa pelik. Dalam botol baru nak minum, kalau tak jangan harap la nak minum air masak. Kalau difikirkan balik sebab itu kot kulit unnie kering sebab tak minum air masak. Unnie kena try bulan ni kena challenge diri ni minum air masak. Kedua unnie nak try tidur awal? tapiiii ni susah sikit sebab kalau tak ngantuk tak boleh nak tidur. Unnie susah nak tidur tapi senang bangun. Kalau nak...