Posts

Showing posts with the label korean

Cetaphil Gentle Skin Cleanser & Low pH Good Morning Gel Cleanser

Image
Assalamualaikum, fiuhhh~ dah lama unnie tak post kan? hilang? nooo. unnie sibuk dengan dunia realiti, banyak yang perlu di settle kan. poning kepala hehe. So hari ni unnie ada masa sedikit, jadi berkesempatanlah nak berblog dan mengepost. Masuk tahun baru dah unnie post ni. Azam baru? tahun baru mesti kena ada azam baru ke? hehe. Unnie....maybeeeeeeeee kena jimat duit mungkin? hehe itu perkara biasa kan bagi perempuan? Okay tanpa merepek lagi banyak, unnie akan direct post hari ni. Korang pernah kena breakout kat muka? Unnie untuk tahun 2017 not so happy dengan condition muka hummm...sebabnya tak pernah kena breakout pertama kali kena macam teruk pula. Tak tahu sebab apa? hormon? humm. So unnie try banyak jenis produk and of course banyak habis duit dan masa di situ. Namun masih lagi bertabah. So like normal manusia unnie akan google review untuk product skincare. Then terjumpalah si Cetaphil ni. Okay review dia not so bad, tapi ada je orang yang tak sesuai dengan Cetaphil. ...

Innisfree (Sunblock, BB Cushion and Mask)

Image
Hello blogger blogger,Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Malam. Seperti yang unnie post sebelum ni, unnie kata mesti update atleast time raya betul tak? Rasanya ada? Unnie ingat nak update awal tapi kesihatan tidak mengizinkan so raya keempat nak masuk raya kelima baru unnie boleh update. Raya okay okay je so so. Dah besarkan so tidak lah macam dulu. Sekadar sederhana sahaja raya. Unnie hari ni tak nak cerita pasal raya sebab everywhere mesti cerita pasal raya, baju berapa pasang, berapa jenis kuih, singgah rumah sedara beraya, berapa duit raya dapat (eceh dah besar dapat lagi keee hehe. Okay, so pada raya keempat unnie dah rasa sihat boleh lah keluar pergi jalan jalan dengan kawan then beraya sekali dengan kawan. Macam dah lama tak shopping sebab sibuk, simpan niat je mampu...hari hari tengok barang online sebab takde masa nak keluar, sedihnya bila taip huhu. So pada hari ini.... unnie mengambil kesempatan beli yang unnie nak beli.Oh well bila lama tak shopping sekal...

Peripera Ink Velvet

Image
Assalamualaikum and hai bloggers, dah 2 minggu unnie tak update blog. Dalam 2 minggu unnie tak update tu...unnie pergi menimba pengalaman bekerja sekejap. Walaupun hanya 2 minggu tetapi rasa berbaloi sebab boleh rasa pengalaman bekerja dalam bukan bidang kita. Selama 2 minggu tu unnie bekerja dalam bidang sales. Unnie tidak lah terkejut sebab unnie ada contoh iaitu ayah unnie sendiri yang bekerja dalam bidang sales ni. Hari-hari balik malam. Selalu ayah mengadu sakit belakang dengan sakit kaki. itu biasa. Bila kita sendiri bekerja dan merasanya sendiri baru kita tahu rasa penatnya macam mana dan rasa ruginya kalau kita cuti. Mula-mula kerja tu, biasalah kalau buat sales kita tidak dibenarkan duduk...lagi-lagi kalau ada customer. Unnie yang muda ni pun boleh rasa sakit belakang dengan sakit kaki apa lagi kalau orang yang dah berumur masih lagi bekerja, nak lagi kerja dalam bidang macam ni. So, korang mana ada ibu bapa yang masih dan gigih lagi bekerja walaupun dah berumur..kena lah ada ...

March

Image
Edit by Unnie, Photo from StockSnap.io Hello bloggers, sedar tak sedar dah masuk bulan March dah. Sekejap je masa berlalu kan? ye ke? hummm mungkin sebab unnie tak sibuk kot. Bulan March ni apa yang unnie nak cuba buat adalah, pertama unnie nak minum banyak air masak or air mineral. Sebab unnie asyik minum air yang manis je tapi air yang gas unnie tak minum cuma unnie banyak minum air manis je. Hari tu ada try buat, unnie isi air masak dalam botol or beli air mineral yang dalam botol besar tu baru unnie minum sampai habis air tu kalau bukan dalam botol unnie susah nak minum air masak. Pelik? Unnie pun rasa pelik. Dalam botol baru nak minum, kalau tak jangan harap la nak minum air masak. Kalau difikirkan balik sebab itu kot kulit unnie kering sebab tak minum air masak. Unnie kena try bulan ni kena challenge diri ni minum air masak. Kedua unnie nak try tidur awal? tapiiii ni susah sikit sebab kalau tak ngantuk tak boleh nak tidur. Unnie susah nak tidur tapi senang bangun. Kalau nak...

Peripera Foundation

Image
Hello bloggers! (krik krik), okay unnie rasa blog ni blog SS (syok sendiri) hehe. Takpe unnie tak kisah...siapa siapa yang tersinggah dan faham bahasa melayu dan terbaca, unnie ucapkan terima kasih. Hari ni unnie nak post pasal foundation Peripera. Tak pernah dengar jenama ni? Kalau korang jenis minat korea mesti tahu jenama ni. Unnie memang suka makeup and duit unnie pun banyak ke produk produk makeup ni. Kata nak save tapi tak save save pun, last last mesti beli makeup. Okay jangan contohi perangai unnie ni, tak elok. Type kulit unnie ni cerah medium,condition kulit adalah combination, jerawat akan bertapak dimuka apabila musim period atau selepas period sahaja. Unnie seriously recommended yang ni! PERIPERA BLUR PANG PEACH MILK BLUR . Kenapa unnie recommend kan yang ini, sebab kalau kulit korang jenis pucat takde warna (macam muka unnie ni *sigh*) dan sememangnya bergantung dengan dengan makeup kalau keluar yang ini jawapannya kalau nak bagi kulit korang ada colour sikit. Unnie p...