Posts

Showing posts with the label unniexoxo

Cetaphil Gentle Skin Cleanser & Low pH Good Morning Gel Cleanser

Image
Assalamualaikum, fiuhhh~ dah lama unnie tak post kan? hilang? nooo. unnie sibuk dengan dunia realiti, banyak yang perlu di settle kan. poning kepala hehe. So hari ni unnie ada masa sedikit, jadi berkesempatanlah nak berblog dan mengepost. Masuk tahun baru dah unnie post ni. Azam baru? tahun baru mesti kena ada azam baru ke? hehe. Unnie....maybeeeeeeeee kena jimat duit mungkin? hehe itu perkara biasa kan bagi perempuan? Okay tanpa merepek lagi banyak, unnie akan direct post hari ni. Korang pernah kena breakout kat muka? Unnie untuk tahun 2017 not so happy dengan condition muka hummm...sebabnya tak pernah kena breakout pertama kali kena macam teruk pula. Tak tahu sebab apa? hormon? humm. So unnie try banyak jenis produk and of course banyak habis duit dan masa di situ. Namun masih lagi bertabah. So like normal manusia unnie akan google review untuk product skincare. Then terjumpalah si Cetaphil ni. Okay review dia not so bad, tapi ada je orang yang tak sesuai dengan Cetaphil. ...

Esok dah kerja

Image
Assalamualaikum dan hi kepada semua blogger. So how korang punya cuti? cuti yang bernas kali ni? setiap kali janji dengan diri nak rehat la kononnya bila cuti tapi bila je cuti ada je plan. Otak tu tak boleh duk diam diam (geleng kepala). Kaki lagi lah asyik berjalan je tahu muehehehe. Setiap kali cuti mesti macam ni. Cuti kali ni unnie habiskan masa dengan family and kawan yang rapat. Malaysia ni banyak betul cuti kan tapi still kita mesti lagi rasa tak puas kan? betul tak? hehe. Entry hari ni unnie tak buat any product pun mungkin minggu lagi satu or lagi satu? bergantung pada masa unnie, kalau sibuk mungkin akan ditangguhkan post (eceh,perasan betul blog syok sendiri ni). Tapi tapi tapi, bestnya kalau jadi budak sekolah.... risau masalah kerja sekolah tak siap je kan hehehe, tulah orang kata jadi budak lagi best sebab dia tak banyak benda nak dirisaukan. Humm..lagi satu, unnie selalu ingat nak marathon drama korea la kononnya bila cuti tapi hampeh tak buat pun. Dah kata kaki...

The Body Shop: Vitamin E Hydrating Face Mist

Image
Assalamualaikum semua, yesss akhirnya. Last unnie updated blog bulan June right? dah 2 bulan dah unnie tak updated blog. Fuh fuh fuh berhabuk dah blog hehe. Oooh yeah, esok merdeka 31 Ogos 2017,Selamat Hari Merdeka kepada semua yang bergelar rakyat Malaysia dan Selamat Hari Raya Haji kepada semua muslim. Okay berbalik tadi, sorry unnie lama tak updated blog Syok Sendiri ni muehehehehe sebab sibuk bekerja dan sangat penat. Korang mesti curious unnie ni kerja apa sampai penat, takkan blog tak boleh nak updated kan...kerja biasa sahaja tapi kalau ada sedikit masa tu unnie gunakan untuk luangkan masa dengan family. Okay, so todaaayyy, unnie nak updated pasal produk The Body Shop: Vitamin E Hydrating Face Mist. Produk ni unnie baru consume sebulan mungkin? macam korang tahukan, negara kita ni kan suam suam panas (eh, ye ke suam?hehe). Bagi kulit yang jenis kering unnie rasa sangat sesuai untuk pakai produk ni sebab dia bagi lembap kan kulit korang. Buat masa ni unnie pakai produk ni t...

June

Image
Hello bloggers,eh dah masuk June dah... sebelum tu, selamat berpuasa kepada semua bloggers yang menunaikan ibadah puasa. Dah lamakan unnie tak update? nak dekat sebulan dah unnie tak update blog sebab sibuk kerja je kan. Balik kerja je pun dah malam, susah ada masa nak update. Kalau ada masa pun unnie buat perkara yang patut dulu selain berblog. Hummm....bulan bulan lepas takde cerita menarik pun nak cerita dekat blog...macam daily life korang, pergi kerja, balik kerja, tidur,makan, sabtu pagi pergi pasar dengan mak, ahad rehat tak pun bawa mak keluar jalan or jalan dengan kawan. Nothing much. Seperti korang sedia maklum, unnie ni peminat drama korea muahahahaha. Dulu kpop. Heh, sekarang ni dah slow dah...beralih ke drama korea pula. Tapi tak lari jauh tetap korea juga hehe. Sekarang ni unnie tengah tengok dua cerita je, yang lain tu nak tengok tapi simpan dulu hehe. Nanti penuh jadual semua nak tengok. Sekarang ni unnie tengok dua ni dulu drama MAN TO MAN starring Park Hae jin and...

Body Mist

Image
Hai bloggers, dah seminggu ke unnie tak update blog? ke lebih seminggu? Unnie dah start kerja so thats why unnie kurang update tapi unnie kena make sure atleast kena update juga dalam sebulan tu, kalau tak update nanti blog ni mereput macam yang dulu. Kenot kenot. Okay,entry kali ni unnie nak update pasal body mist, yes dia berbau wangi tapi bukan lah perfume yang boleh tahan lama. Unnie suka wangi tapi perfume unnie tak berapa sangat...unnie more to body mist. Sebab satu dia murah dari perfume dan satu lagi bekas dia besar. Dari segi ketahanan lama atau tidak bau dia tu kena pandai pilih lah. Kalau unnie, unnie jenis tidak kisah sama ada dia murah atau mahal janji dia elok, tidak meninggalkan kesan bila spray kat baju dan yang penting wangi. Kalau lepas mandi tu, mesti best kalau spray body mist. Mesti rasa segar dan wangi. Body mist kat atas ni, dia takde jenama tapi bau dia sedap...unnie tak tahu kenapa unnie rasa bau wangi coconut sedap...entah rasa macam ada magic je..ada ora...

Peripera Ink Velvet

Image
Assalamualaikum and hai bloggers, dah 2 minggu unnie tak update blog. Dalam 2 minggu unnie tak update tu...unnie pergi menimba pengalaman bekerja sekejap. Walaupun hanya 2 minggu tetapi rasa berbaloi sebab boleh rasa pengalaman bekerja dalam bukan bidang kita. Selama 2 minggu tu unnie bekerja dalam bidang sales. Unnie tidak lah terkejut sebab unnie ada contoh iaitu ayah unnie sendiri yang bekerja dalam bidang sales ni. Hari-hari balik malam. Selalu ayah mengadu sakit belakang dengan sakit kaki. itu biasa. Bila kita sendiri bekerja dan merasanya sendiri baru kita tahu rasa penatnya macam mana dan rasa ruginya kalau kita cuti. Mula-mula kerja tu, biasalah kalau buat sales kita tidak dibenarkan duduk...lagi-lagi kalau ada customer. Unnie yang muda ni pun boleh rasa sakit belakang dengan sakit kaki apa lagi kalau orang yang dah berumur masih lagi bekerja, nak lagi kerja dalam bidang macam ni. So, korang mana ada ibu bapa yang masih dan gigih lagi bekerja walaupun dah berumur..kena lah ada ...

Psoriasis atau Kulit Kuping

Image
Hai, bloggers. Hari ni unnie update awal sikit entry demi misi mencuba tidur awal. Entry kali ni unnie nak buat pasal penyakit kulit kuping atau bahasa sainsnya psoriasis. Korang tahu apa tu penyakit psoriasis? Pernah mengalaminya? Mari unnie kenalkan apa itu psoriasis. Definasi Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. Tanda-tanda Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah : Keguguran sisik pada kulit Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza Jenis-jenis psoriasis - Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok - Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. - Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dip...

Random Thoughts [ 1 ]

Image
Hello bloggers,hari ni entry bukan pasal product makeup ke or cosmetic tapi entry kali ni pasal life student. Siapa student sini or pernah bergelar student angkat tangan! unnie seorang yang pernah bergelar student. Baru je habis and baru je dapat result hari tu. Alhamdullillah, untuk sem akhir ni unnie dapat DL. Haha tak tahu unnie buat apa...total semua 6 sem hanya 2 sem sahaja tak dapat DL kalau tak dah boleh jadi Naib Canselor dah..nampaknya bukan rezeki unnie. Now unnie tengah struggle nak cari kerja, I tell you bukan senang nak dapat kerja sekarang ni. Unnie adalah buat business sikit sikit jual jual. Walaupun tak nampak untung sekarang ni tapi masa akan menunjukkan hasilnya. Kena sabar.

Peripera Foundation

Image
Hello bloggers! (krik krik), okay unnie rasa blog ni blog SS (syok sendiri) hehe. Takpe unnie tak kisah...siapa siapa yang tersinggah dan faham bahasa melayu dan terbaca, unnie ucapkan terima kasih. Hari ni unnie nak post pasal foundation Peripera. Tak pernah dengar jenama ni? Kalau korang jenis minat korea mesti tahu jenama ni. Unnie memang suka makeup and duit unnie pun banyak ke produk produk makeup ni. Kata nak save tapi tak save save pun, last last mesti beli makeup. Okay jangan contohi perangai unnie ni, tak elok. Type kulit unnie ni cerah medium,condition kulit adalah combination, jerawat akan bertapak dimuka apabila musim period atau selepas period sahaja. Unnie seriously recommended yang ni! PERIPERA BLUR PANG PEACH MILK BLUR . Kenapa unnie recommend kan yang ini, sebab kalau kulit korang jenis pucat takde warna (macam muka unnie ni *sigh*) dan sememangnya bergantung dengan dengan makeup kalau keluar yang ini jawapannya kalau nak bagi kulit korang ada colour sikit. Unnie p...