Posts

Body Mist

Image
Hai bloggers, dah seminggu ke unnie tak update blog? ke lebih seminggu? Unnie dah start kerja so thats why unnie kurang update tapi unnie kena make sure atleast kena update juga dalam sebulan tu, kalau tak update nanti blog ni mereput macam yang dulu. Kenot kenot. Okay,entry kali ni unnie nak update pasal body mist, yes dia berbau wangi tapi bukan lah perfume yang boleh tahan lama. Unnie suka wangi tapi perfume unnie tak berapa sangat...unnie more to body mist. Sebab satu dia murah dari perfume dan satu lagi bekas dia besar. Dari segi ketahanan lama atau tidak bau dia tu kena pandai pilih lah. Kalau unnie, unnie jenis tidak kisah sama ada dia murah atau mahal janji dia elok, tidak meninggalkan kesan bila spray kat baju dan yang penting wangi. Kalau lepas mandi tu, mesti best kalau spray body mist. Mesti rasa segar dan wangi. Body mist kat atas ni, dia takde jenama tapi bau dia sedap...unnie tak tahu kenapa unnie rasa bau wangi coconut sedap...entah rasa macam ada magic je..ada ora...

Simple Step Makeup

Image
Hello bloggers, unnie nak cerita hari ni ialah 'Simple Step Makeup' dimana korang boleh try buat or kepada siapa siapa yang baru nak up sikit. Kalau sebelum ni keluar just guna lipbalm/ lipstik,muka letak compact powder je takde foundation, guna eyeliner tapi takde mascara...dan tidak guna blusher. 1. Lipbalm Perkara pertama korang nak kena jaga ialah korang punya bibir, sebab kalau bibir kering tak lawa lah nak pakai lipstick. Nanti bercapuk lipstick kat bibir. Tips ni untuk orang yang mempunyai bibir kering, macam unnie ni haa hehe. Jenama yang okay unnie rasa Bodyshop, Sebamed, Lip Ice Mentholatum or Nivea or kalau ada yang lain yang sesuai dengan korang pun boleh guna. Unnie suggest kan sahaja :). 2. Blur Cream /Primer Okay yang ini fungsi dia lebih kurang macam foundation tapi dia tidak mempunyai coverage yang tinggi maksudnya tidak menutup cela cela yang ada di muka. Blur cream ni kalau guna boleh blurkan cela yang ada kat muka, dah nama pun blur kan so dia just...

Neutrogena Facial Cleanser

Image
Hai bloggers, yep unnie hari ni post entry tetengah pagi buta. Entry kali ni pendek je, tak nak cerita panjang panjang. Ramai orang tanya unnie, unnie pakai skincare apa..mostly diaorang tanya kat instagram through DM terus personal dengan unnie. Unnie jujurnya pun masih lagi mencari produk yang sesuai dengan kulit. Kulit unnie ni kadang berubah-ubah kadang ikut musim...kalau cuaca panas pakai jenama lain...nanti hujan tukar lain pula. Unnie ada mention kat post sebelum ni yang kulit unnie takde lah flawless sampai takde jerawat. Jerawat tu ada tapi tengok keadaan. Normalnya kalau nak datang period mesti lah ada dua tiga hari sebelum period. Sebelum ni unnie guna Bar Soap Sebamed, bagi unnie Sebamed Bar Soap ni sesuai kalau untuk kulit jenis sensitif tak sensitif lagi boleh pakai, bau dia wangi...bau macam baby pun bau ala ala susu pun ada. LIQUID NEUTROGENA [pure mild facial cleanser] : ★★★★ ★ // RM20++ Tapi sekarang unnie bertukar pula kepada Neutrogena. Not bad lah...bah...

Hobi Lama

Image
Hai and assalamualaikum bloggers,hari ni macam hari hari biasa tapi hari ni hujan lebat pula, alhamdulliah sejuk sikit kalau tak panas, tidur tak pakai selimut langsung. Tajuk hari ni hobi lama...apa hobi lama unnie ek? Dulu zaman sekolah dengan time diploma dulu unnie rajin buat benda alah ni..ada yang panggil ni cartoon lah ada yang panggil doodle lah...tapi dua ni lebih kurang je kot. Memandangkan korang tak tahu rupa unnie macam macam kan. So unnie pun lukislah ala ala macam unnie. Kalau realitinya pun tak jauh beza. Lama tak buat rasa semangat pula, cuma hadap benda ni selalu kadang mesti bosan tapi kalau unnie bosan tu sekejap je kalau buat benda ni sebab bila dah siap...mesti ada rasa bangga sikit eh ceh. Dulu unnie ambik request tapi tak ramai pun unnie ambik sebab takut takde masa kan dan takut tak boleh siap on time. Dah berapa tahun dah unnie tinggal ni..adalah 3 tahun? last buat time diploma je. Unnie lukis random je...takde motif pun. Sebab fikir rasa panas teringi...

Peripera Ink Velvet

Image
Assalamualaikum and hai bloggers, dah 2 minggu unnie tak update blog. Dalam 2 minggu unnie tak update tu...unnie pergi menimba pengalaman bekerja sekejap. Walaupun hanya 2 minggu tetapi rasa berbaloi sebab boleh rasa pengalaman bekerja dalam bukan bidang kita. Selama 2 minggu tu unnie bekerja dalam bidang sales. Unnie tidak lah terkejut sebab unnie ada contoh iaitu ayah unnie sendiri yang bekerja dalam bidang sales ni. Hari-hari balik malam. Selalu ayah mengadu sakit belakang dengan sakit kaki. itu biasa. Bila kita sendiri bekerja dan merasanya sendiri baru kita tahu rasa penatnya macam mana dan rasa ruginya kalau kita cuti. Mula-mula kerja tu, biasalah kalau buat sales kita tidak dibenarkan duduk...lagi-lagi kalau ada customer. Unnie yang muda ni pun boleh rasa sakit belakang dengan sakit kaki apa lagi kalau orang yang dah berumur masih lagi bekerja, nak lagi kerja dalam bidang macam ni. So, korang mana ada ibu bapa yang masih dan gigih lagi bekerja walaupun dah berumur..kena lah ada ...

Psoriasis atau Kulit Kuping

Image
Hai, bloggers. Hari ni unnie update awal sikit entry demi misi mencuba tidur awal. Entry kali ni unnie nak buat pasal penyakit kulit kuping atau bahasa sainsnya psoriasis. Korang tahu apa tu penyakit psoriasis? Pernah mengalaminya? Mari unnie kenalkan apa itu psoriasis. Definasi Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. Tanda-tanda Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah : Keguguran sisik pada kulit Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza Jenis-jenis psoriasis - Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok - Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. - Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dip...

March

Image
Edit by Unnie, Photo from StockSnap.io Hello bloggers, sedar tak sedar dah masuk bulan March dah. Sekejap je masa berlalu kan? ye ke? hummm mungkin sebab unnie tak sibuk kot. Bulan March ni apa yang unnie nak cuba buat adalah, pertama unnie nak minum banyak air masak or air mineral. Sebab unnie asyik minum air yang manis je tapi air yang gas unnie tak minum cuma unnie banyak minum air manis je. Hari tu ada try buat, unnie isi air masak dalam botol or beli air mineral yang dalam botol besar tu baru unnie minum sampai habis air tu kalau bukan dalam botol unnie susah nak minum air masak. Pelik? Unnie pun rasa pelik. Dalam botol baru nak minum, kalau tak jangan harap la nak minum air masak. Kalau difikirkan balik sebab itu kot kulit unnie kering sebab tak minum air masak. Unnie kena try bulan ni kena challenge diri ni minum air masak. Kedua unnie nak try tidur awal? tapiiii ni susah sikit sebab kalau tak ngantuk tak boleh nak tidur. Unnie susah nak tidur tapi senang bangun. Kalau nak...