Simple Step Makeup



Hello bloggers, unnie nak cerita hari ni ialah 'Simple Step Makeup' dimana korang boleh try buat or kepada siapa siapa yang baru nak up sikit. Kalau sebelum ni keluar just guna lipbalm/ lipstik,muka letak compact powder je takde foundation, guna eyeliner tapi takde mascara...dan tidak guna blusher.

1. Lipbalm
Perkara pertama korang nak kena jaga ialah korang punya bibir, sebab kalau bibir kering tak lawa lah nak pakai lipstick. Nanti bercapuk lipstick kat bibir. Tips ni untuk orang yang mempunyai bibir kering, macam unnie ni haa hehe. Jenama yang okay unnie rasa Bodyshop, Sebamed, Lip Ice Mentholatum or Nivea or kalau ada yang lain yang sesuai dengan korang pun boleh guna. Unnie suggest kan sahaja :).

2. Blur Cream /Primer
Okay yang ini fungsi dia lebih kurang macam foundation tapi dia tidak mempunyai coverage yang tinggi maksudnya tidak menutup cela cela yang ada di muka. Blur cream ni kalau guna boleh blurkan cela yang ada kat muka, dah nama pun blur kan so dia just boleh blur kan sahaja tapi tak tutup habis cela dimuka tu. Primer pula kalau kat drugstore biasanya dia akan ada dua jenis ada yang warna jernih dengan warna macam pink pink or macam warna kulit pun ada. Dua dua primer ni fungsi dia lebih kurang sama sahaja. Primer biasanya berfungsi untuk melembabkan dan untuk tutup pore atau liang pori di muka supaya nanti dah tepek foundation dimuka takde la nampak sangat liang pori dimuka. Oh takde Primer dalam gambar di atas, takpe nanti ada kat bawah.

3. Foundation
Lepas letak Primer atau letak Blur Cream kat muka, step seterusnya letak foundation dimuka. Bagi yang baru nak mula makeup bolehlah try produk di Drugstore yang berdekatan seperti Watson,Guardian, Caring,Wellness dan sebagainya. Dan bagi yang baru nak mula guna foundation atau mana mana student yang baru nak berjinak jinak dengan makeup ni, korang boleh try basic produk macam Silkygirl ke atau IN2IT dua jenama ni murah je berbanding yang lain. Nanti kalau dah pandai boleh try guna yang jenama yang lain pula. Unnie rasa foundation yang elok dan senang nak dapat jenama Revlon,Maybelline,Loreal,Kate dan lain lain tapi Unnie prefer foundation dari Korea sebab Unnie suka texture Foundation dia, rasa lembut.



4. Eyebrow
Seterusnya, buat korang punya eyebrow pula atau pun colour kening tu. Sebab tadikan dah pakai foundation kat muka semestinya korang akan tertepek sekali kat atas kening korang. Kalau kening dia jenis nipis langsung hilang kening dia tak nampak haha. So step dia korang lukislah di atas kening korang tu mengikut bentuk kening korang. Nak lebih lanjut cara nak lukis kening, korang boleh try tengok tutorial di youtube, taip je tutorial buat eyebrow atau eyebrow tutorial di youtube, keluar lah pelbagai teknik. Unnie tak pernah cukur kening ya just bagi warna sahaja sebab kalau tak colour nampak macam alien pun ada.

5. Compact Powder
Compact powder pula, unnie guna macam macam jenis compact powder kecuali jenama Maybelline dengan Silkygirl sebab bila pakai kulit unnie jadi berminyak so tak sesuailah dengan kulit. Kalau bagi beginner dan takut takut nak guna compact powder takut kulit sensitif dan tidak sesuai, korang boleh try jenama Johnson dengan Clinique. Jenama lain ada banyak kat Drugstore seperti Watson,Guardian, Caring,Wellness dan sebagainya. Kalau unnie suka jenama Johnson, Revlon dengan Cathydoll.

6. Eyeshadow
Lepas compact powder, letak eyeshadow pula, bagi beginner pilihlah warna eyeshadow yang basic sahaja seperti colour nude, coklat cair, cream, colour nescafe, warna peach. Eyeshadow ni depend pada korang nak guna atau tidak, tak pakai pun takpe tak bagi effect besar mana pun hehe. Eyeshadow letak lah di kelopak mata dan letak eyeshadow warna pink cair dibawah mata iaitu letak secara nipis di bulu mata bawah mata korang tu sebab nak bagi nampak pink pink gitu.

7. Blusher
Next step blusher pula. Bagi unnie ni pun depend pada korang nak pakai atau tidak tapi kalau unnie, unnie suka pakai blusher sebab warna blusher ni boleh naik seri muka kita. Dari warna kuning langsat pucat bila letak blusher baru ada warna kulit korang. Pilih lah warna yang sesuai dengan kulit korang, kalau unnie suka colour pink flamingo dengan dusty pink. Untuk pengetahuan korang, blusher pun boleh digunakan sebagai eyeshadow ya. Kalau travel malas nak bawa eyeshadow yang besar tu, korang boleh bawa blusher je senang. Jenama yang unnie suka pakai NYX,PALLADIO dengan Elianto. Tapi bagi yang baru nak mula boleh try jenama Silkygirl dan IN2IT.

8. Mascara
Seperti korang maklum, unnie memang suka mascara. Unnie tak guna eyeliner sebab muka unnie tak sesuai pakai nampak garang pula kalau guna eyeliner. Kalau korang guna eyeliner boleh juga. Mula letak eyeliner dulu baru mascara. Mascara yang unnie guna sekarang ni jenama Cathydoll (Volume Up). Kalau nak bulu mata korang nampak panjang cari mascara yang brush dia tebal...bagi unnie brush yang kecil macam tak bagi effect kat unnie, rasa tak puas pakai. Tapi depend pada korang, pilihan hati korang yang brush tebal or yang nipis hehe. Janji puas guna :).

9. Lipstick
Last sekali baru letak lipstik.Bagi beginner korang boleh pilih warna nude dengan nude pink tapi ingat pilih lipstick ni kena tengok warna kulit kita juga supaya nanti takde lah warna lipstik menonjol dari kulit muka. Skin yang cerah boleh try warna nude, nude pink, berry pink. Skin medium boleh try warna coklat nude, merah medium,berry pink yang skin gelap sedikit boleh ambil colour yang gelap sedikit..kalau nak ambil warna nude pastikan warna nude tu tidak terlalu nampak macam colour cream terang nak selamat ambil colour merah jambu gelap dengan Coklat nude (medium/gelap). Depend pada korang juga suka warna apa :). Unnie selalu guna warna pink, peach dengan nude pink.

10. BB Cuhion / Matte Powder Cushion
Yang ini, bergantung pada korang nak bawa or tidak. Unnie suka bawa sebab lepas solat malas nak makeup balik, unnie tepek je muka unnie dengan BB Cushion sebab senang cover terus lepas tu just letak blusher sikit pakai mascara sikit dengan touch up lipstick sikit. Done!Hopefully ni, ada sedikit membantu korang yang baru nak mula makeup tapi tak tahu nak beli apa dan apa yang sepatut ada bila nak makeup

Eyebrow Tutorial by Lamuqe

Eyebrow Tutorial by Lamuque Shaping & Drawing 3 Eyebrow Types and Grooming your ideal browsㅣ BACK TO THE BASICS .

Comments

  1. simple pun da pakai 10 jenis barang, alahai, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 pun rasanya belum semua lagi perempuankan hehe, tidak perlu pakai semua...pakai mana yang rasa perlu sahaja

      Delete
  2. Waaahhhhh seghonok baca unnie share apa yang unnie pakai! Kite hantu lipstick. Masuk drugstores kalau tak calit lipsticks kat tangan tu tak sah la kiranya. Tak beli takpe, janji dapat calit and tengok warna-warna baru anndddd aim nak beli nanti semestinya. Hahahahahaha 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaannn kalau boleh nak try semua letak kat tangan tu sampai penuh hehe:p

      Delete
  3. hes right ^ simple pun dah 10 hahha i usually guna liptint and bb cushion je hahahhaha. rajin ye unnie ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin, terlebih rajin ataupun dah biasa dah jadi habit hehehe ;D

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dr.Ko Skin Specialist Review

Psoriasis atau Kulit Kuping

Cetaphil Gentle Skin Cleanser & Low pH Good Morning Gel Cleanser