Psoriasis atau Kulit Kuping
Hai, bloggers. Hari ni unnie update awal sikit entry demi misi mencuba tidur awal. Entry kali ni unnie nak buat pasal penyakit kulit kuping atau bahasa sainsnya psoriasis. Korang tahu apa tu penyakit psoriasis? Pernah mengalaminya? Mari unnie kenalkan apa itu psoriasis.
Definasi
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.
Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
Keguguran sisik pada kulit
Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza
Jenis-jenis psoriasis
- Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
- Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
- Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
- Lampin psoriasis
- Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan
- Guttate psoriasis
- Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)
Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
- Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
- Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki
-Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)
-Krim dan ubatan yang boleh melegakan.
Pelembab
- Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
- Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
- Menggunakan sarung tangan
- Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
Ubatan dan krim
Doktor akan memberi ubatan seperti :
- Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
- Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
- Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA
Perkara perlu diingati
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.
Unnie dah mengalami penyakit ni dari kecil lagi, tapi masa kecil tak teruk lagi, just sapu cream dari doktor or farmasi dah okay boleh guna shampoo biasa. Oh lupa, paling teruk kat kulit kepala lepas tu ada kat telinga, so bahagian telinga unnie macam kering sikit kadang kat luar cuping telinga tu sedar sedar darah dah kering...mungkin unnie tak rasa garu time tidur mungkin? lepas tu ada kat leher, tapi leher unnie letak lotion. Kalau rajin letak lotion dia hilang lah. Cuma kat kepala macam susah sikit. Dulu boleh guna shampoo biasa sekarang unnie kena pakai shampoo yang khas. Ada kawan unnie recommend kan shampoo ginger dari Bodyshop, dia pun mengalami masalah yang sama macam unnie. Kalau boleh tak nak lah guna shampoo ada bau ubat, rambut jadi busuk macam tu. Sekarang ni unnie guna Sebitar boleh dapat di Watson tapi stok sikit sahaja. Bau tak sedap dan unnie rasa dia boleh hilangkan gatal tu dalam 2 ke 3 hari sahaja, tak berapa berkesan kat unnie.Unnie sekarang ni takde confident nak pegi salon hum. Paling tak suka bila kulit kepala kita ni pedih, nak basuh pun pedih tapi jangan korang bayangkan unnie takde rambut pula botak macam tu hehe, alhamdulliah still rambut lebat lagi. So sape sape sini pernah mengalami or sedang alaminya ada tak mana mana shampoo or cream yang betul betul sesuai dengan psoriasis ni dan di mana boleh dapatkannya ya? Jadi lepas ni janganlah menganggap orang yang mempunyai masalah kulit ni berjangkit, tidak semua antaranya adalah psoriasis. Ia akan dialami oleh pesakit sahaja dan tidak akan berjangkit. So jangan takut ya hehe.
Unnie tak try tanya farmasi ke kot diorang boleh suggest shampoo apa yg sesuai... Hmm, tapi taknak bau ubat pulak kan. Takpelah, I just hope you'll find the most suitable shampoo that suits your preferences okay! 😘
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSis, sy pun alami masalah yg sama. Hampir setahun. Akhirnya masalah sy ni berakhir. Utk pengtahuan sis sy gunakan syampo sebitar. Dlm masa 2 minggu sy pakai nmpk perubahan. Dlm masa hmpir 2 bln terus hilang. Sis cuba la dulu pakai secara konsisten. Sy doakan agr maslh sis akn selesai.
ReplyDeleteBoleh share tk cara pkao sebitar? Daily ke? N boleh guna conditioner tk lpas tu?
DeleteHi @HeizyShafika, Fara guna sebitar 2-3 kali dalam seminggu selang dengan shampoo biasa...boleh je nak pakai conditioner lepas pakai sebitar...takde masalah :)
DeleteSy adalah pghidap psioraisi dah melebihi 10 tahun...mndapat rawatan pakar kulit di hospital...
ReplyDeleteubat3an byk mmbantu...byk perubahan...dlm masa sama berpantang sedikit dari segi pmakan seperti kurangkan mkn seafood,pngambilan gula berlebihan sbb boleh mnyebabkan kulit gatal dan durian(boleh makan tp jgn byk)durian boleh mnyebabkan keradangan dan kulit akan mnjadi kemerah2an...dlm masa sama sy juga mngamalkan supliment yg berkaitan seperti Omega-3 bgus utk psioraisi dan ezcema utk kulit selain krim2 yg di beri oleh doktor,sy juga guna minyak zaitun khas utk kulit...cari kedai Arab...
memandangkan sy bertudung tiada masalah utk sy berambut pendek ala2 lelaki...mudah utk sapu krim atau bersyampu...syampu sebitar dari doktor...pghidap sakit kulit mmg memerlukan kos...Dan paling penting elakkan stress...jgn terlalu memikirkan pyakit ini...sbb salah satu faktor kita sakit kerana terlalu memikirkannya...stress akan mmbuat psioraisi bertambah teruk...
aku pun menghidap penyakit ni dah 14 tahun.. dri sekolah lagi... mmg sucks giler hidup... minx bnyaklah doa dengan Allah mohon kita semua kuat yeee... Allah x uji kita ni yg hadap sakit ni klo kita xsggup menanggungnya.. Setiap penyakit ada ubat dia kcuali mati..
ReplyDelete