Hello bloggers! (krik krik), okay unnie rasa blog ni blog SS (syok sendiri) hehe. Takpe unnie tak kisah...siapa siapa yang tersinggah dan faham bahasa melayu dan terbaca, unnie ucapkan terima kasih. Hari ni unnie nak post pasal foundation Peripera. Tak pernah dengar jenama ni? Kalau korang jenis minat korea mesti tahu jenama ni. Unnie memang suka makeup and duit unnie pun banyak ke produk produk makeup ni. Kata nak save tapi tak save save pun, last last mesti beli makeup. Okay jangan contohi perangai unnie ni, tak elok. Type kulit unnie ni cerah medium,condition kulit adalah combination, jerawat akan bertapak dimuka apabila musim period atau selepas period sahaja.
Unnie seriously recommended yang ni!
PERIPERA BLUR PANG PEACH MILK BLUR. Kenapa unnie recommend kan yang ini, sebab kalau kulit korang jenis pucat takde warna (macam muka unnie ni *sigh*) dan sememangnya bergantung dengan dengan makeup kalau keluar yang ini jawapannya kalau nak bagi kulit korang ada colour sikit. Unnie pilih yang peach, agak pink pink so bila korang pakai, kulit korang akan ada effect pinkish gituu and maybe ada effect glowing sikit. Yes Glowing tau. Nampak berkilat gitu kulit korang nanti haha. Eh, no bukan berkilat tapi nampak kulit korang sihat lah takdelah nampak pudar je kan. BLUR PANG ni ada tiga jenis iaitu
1. Milk Blur 2. Banana Blur 3. Peach Blur. Kalau nak effect putih korang boleh guna MILK BLUR, kalau nak tone up kan tone muka boleh guna BANANA BLUR, nak effect pinkish boleh pilih PEACH BLUR. Unnie pilih PEACH BLUR sebab nak effect pinkish. Coverage dia medium sahaja, tapi texture light tak rasa tebal sangat, so bagi muka yang kena guna coverage yang banyak,unnie tak recommend yang ini. Tapi seriously unnie jatuh cinta dengan BLUR PANG.
PERIPERA INK FOUNDATION, coverage pun medium juga, texture pun light tidak tebal. Tapi apa yang unnie suka tentang INK FOUNDATION dari Peripera ini adalah dia tahan lama. Nama pun ink kan so effect dia macam ink lah guna tahan lama. Sedikit melekit tapi tidak menggangu pun muka. Bau dia wangi bukan macam ink ya hehe. Unnie pilih no 2. Ink foundation ni ada dua jenis colour je iaitu no 1 dan no 2. Bagi kulit malaysian ni unnie suggest kan pilih code no 2, sebab tidak terlalu terang or gelap. Boleh bagi effect glowing juga dan boleh tone up kan tona kulit korang. Bekas dia kecil sahaja tapi liquid ink foundation ni tidak perlu pakai banyak banyak, pakai sikit pun dah okay dah. Harga dia kalau bagi student agak mahal sikit around rm50+ but bagi unnie berpatutan sebab unnie suka sangat, tak menyesal beli hehe. Oh lupa, korang siapa berminat boleh lah beli di WATSON Malaysia, tidak semua ada tapi need to check first lah, kalau tak check, kita tak tahu WATSON tempat korang ada jual ke tak. Reminder, Ink Foundation Peripera ni selalu out of stock ya...lagi Blur Pang Peach, susah nak dapat. Unnie rasa beli online lagi mahal mungkin kena bayar postage mungkin. Tapi jangan risau, kalau korang beli kat WATSON korang boleh tengok and test sesuai tak dengan kulit korang, nanti takdelah menyesal tak sudah beli mahal mahal kan. Okay sekian sampai sini sahaja, now dah pukul 3.20 a.m. unnie tak tidur lagi hehe. Bye byee.
Comments
Post a Comment