Cetaphil Gentle Skin Cleanser & Low pH Good Morning Gel Cleanser



Assalamualaikum, fiuhhh~ dah lama unnie tak post kan? hilang? nooo. unnie sibuk dengan dunia realiti, banyak yang perlu di settle kan. poning kepala hehe. So hari ni unnie ada masa sedikit, jadi berkesempatanlah nak berblog dan mengepost. Masuk tahun baru dah unnie post ni. Azam baru? tahun baru mesti kena ada azam baru ke? hehe. Unnie....maybeeeeeeeee kena jimat duit mungkin? hehe itu perkara biasa kan bagi perempuan?



Okay tanpa merepek lagi banyak, unnie akan direct post hari ni. Korang pernah kena breakout kat muka? Unnie untuk tahun 2017 not so happy dengan condition muka hummm...sebabnya tak pernah kena breakout pertama kali kena macam teruk pula. Tak tahu sebab apa? hormon? humm. So unnie try banyak jenis produk and of course banyak habis duit dan masa di situ. Namun masih lagi bertabah.
So like normal manusia unnie akan google review untuk product skincare. Then terjumpalah si Cetaphil ni. Okay review dia not so bad, tapi ada je orang yang tak sesuai dengan Cetaphil. So unnie still positive try beli Cetaphil dekat Guardian. Korang boleh dapatkan Cetaphil dekat Watson juga or mana-mana pharmacy yang ada. Harga...sedikit mahal berbanding yang lain. Tapi demi muka yang tercinta perlulah mencuba betul tak?





First day unnie guna, muka unnie tak bagi apa-apa reaction yang teruk. Macam tiba-tiba keluar jerawat pasir ke apa ke kan or merah-merah. So unnie continue until cukup 2 minggu unnie guna, then unnie rasa tak sesuai dengan kulit unnie. Sebabnya, first..Cetaphil buat muka unnie lebih kering dari biasa. Okay kulit muka kering tak elok untuk muka sebab jerawat pasir berkemungkinan akan timbul.So unnie stop guna Cetaphil, unnie back guna pencuci muka yang lama but still mencari pencuci muka yang terbaik.



Jadi pada suatu petang semasa sedang bekerja, unnie mencuci mata dengan melayari satu sesawang ni yang bernama Shopee, I know tak elok buat kerja lain time bekerja but still kena release sikit stress dari kerja muehehehe (jangan mencontohi unnie, tak elok kah kah kah kah. korang pun buat kan kan kan?). Tiba-tiba, mata unnie tertarik dengan satu benda alah ni. Nampak menarik. So jari pun...click. Okay dah click...harga boleh tahan mahal but macam menarik. Unnie apa lagi time tu juga search kat google nak review pasal product ni. Review kebanyakkanya positive.
Nama product ni 'Low pH Good Morning Gel Cleanser'. Kat Malaysia takde produk ni. Tak silap produk ni asal dari Korea? So selepas tengok review yang begitu postive, unnie dengan berkeyakinan tekan masuk bakul membeli di Shopee (wah bahasa). So tunggu lah 3 hari. Akhirnya sampai juga cleanser ni di rumah. Dengan berhati-hati unnie mencubanya untuk kali pertama.





Warnanya jernih seperti Cetaphil...timbul sedikit rasa takut nak pakai. Takut jadi macam time guna Cetaphil.Tapi dah beli try lah. Lepas dah pakai dalam seminggu hampir 2 minggu juga...wow breakout kat muka unnie dah berkurangan...takde dah timbul J yang baru. Sangat kagum. Tapi tidaklah flawless. Bau Cleanser 'Low pH Good Morning' ni macam bau tea tree oil, bahan dia pun ada mengatakan tea tree oil. Cleanser ni lah penyelamat kulit unnie hehe. Tapi tapi, untuk kurangkan breakout secara jujurnya unnie bukan bergantung pada cleanser dan product muka sahaja. Salah satu unnie buat ialah kurangkan pengambilan gula dan lebihkan minum air so sebab itu juga kot breakout boleh kurang. So korang pun boleh cuba juga method ni, kot berkesan kat korang ke kan. Tapi effect lambat sikit lah....kena sabar janji selamat pada muka korang hihi.

Comments

  1. I've seen a lot of people using cetaphil but I don't think it works for blackhead right?

    I don't have acne problems but my blackhead and pores are just eurgh.

    ReplyDelete
  2. Ramai pakai cetaphil but ramai jugak around me yg pakai but then, cetaphil doesn't work on them.. huu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dr.Ko Skin Specialist Review

Peripera Foundation