Random Thoughts [ 1 ]
Hello bloggers,hari ni entry bukan pasal product makeup ke or cosmetic tapi entry kali ni pasal life student. Siapa student sini or pernah bergelar student angkat tangan! unnie seorang yang pernah bergelar student. Baru je habis and baru je dapat result hari tu. Alhamdullillah, untuk sem akhir ni unnie dapat DL. Haha tak tahu unnie buat apa...total semua 6 sem hanya 2 sem sahaja tak dapat DL kalau tak dah boleh jadi Naib Canselor dah..nampaknya bukan rezeki unnie. Now unnie tengah struggle nak cari kerja, I tell you bukan senang nak dapat kerja sekarang ni. Unnie adalah buat business sikit sikit jual jual. Walaupun tak nampak untung sekarang ni tapi masa akan menunjukkan hasilnya. Kena sabar.
Okay berbalik pada tajuk entry kali ni, Do you like your life as student? bagi unnie la kan korang kena suka kehidupan time student korang ni sebab sekarang korang hanya fikir tentang masalah assignment laa,project laa, presentation laa, group work laa, final year project laa and so on. Mungkin ada yang kena repeat paper mungkin? Unnie bagitahu korang tu dugaan kecil sahaja, sekarang la korang boleh lepak lepak dengan kawan kawan semua, borak lah sampai mulut tak sanggup lagi nak bercakap sebab lepas ni korang langsung takde time dah. Lepas tu time student korang tak payah nak risau bayar itu ini, mungkin ada kena bayar tapi tak sebeban lepas habis belajar nanti. Semestinya first love korang iaitu encik dan cik PTPTN akan menanti dengan setianya tunggu kita hulur duit nak bayar kepada mereka. Sadis betul hidup ni keluar habis je belajar, perkara pertama yang difikirkan adalah perlu bayar balik PTPTN. Tidak salahkan pun dah pinjam perlu bayar balik, YES perlu.
So unnie sekarang wondering kemana arahnya hidup unnie ni? Tak semestinya kita ambil kos itu kita akan bekerja dalam bidang yang sama. Macam unnie dulu ambil kos Bachelor in Event Management but nowadays kebanyaknya nak bekerja dalam bidang administrative..tapi nasib baik unnie ada ambik time diploma dulu kos Office and Management tapi still susah nak dapat kerja. To be truthful, unnie agak risau, ya lah salah satunya nak dapatkan kerja sekarang ni susah betul.RISAU.
So unnie harap business yang unnie buat ni akan membuahkan hasilnya, walaupun sikit dan lambat pada mulanya tapi takpe kita perlu ambil ini sebagai challenge dan experience. Yang penting kena sabar banyak dan kena jadi cekal kalau buat business ni. Tapi keburukkan unnie ini adalah perasaan kerisauan; risau macam macam. Terutamanya financial lah. Fikir sampai bila nak terima elaun dari ibu bapa kan. Pula tu kita ni perempuan, banyak barang keperluan nak guna.Sekarang ni everything kena save, bukan kedekut tapiiiiii sekarang tak mengizinkan.
Jadi siapa siapa yang sekarang ni masih bergelar student lagi, korang kena manfaatkan masa korang sekarang ni. Time ni boleh lagi enjoy enjoy sambil belajar. Tak banyak lagi tanggunjawab yang perlu dipikul. Enjoy enjoy juga tapi jangan sampai abaikan pelajaran. Masuk kelas focus apa yang lecturer ajar kat depan. Walaupun benci dengan lecturer tu, tapi takpe sekejap je pun lepas ni dah takde dah pun lecturer korang nak benci dah kan. Lepas ni mungkin boss korang ke kan hehe.Time belajar boleh hantar assignment lambat tolak markah je pun bila kerja hantar report lambat mana tahu dapat manager yang strict ke kan, terus tolak gaji sebab tak performed mana tahukan hehe, bukan nak takutkan tapi ini realitinya bila dah habis belajar nanti. So kalau korang nak komen kat entry ni, unnie dah buatkan ruang untuk komen. Just click kat atas kiri entry post ni, nanti dia akan popup keluar satu box,korang boleh komen situ (ada ke orang nak komen haha,blog SS kan hehe).
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRindu pula zaman belajar. Betul tu Unnie, tak semestinya kita mesti terikat dengan course masa belajar untuk kerja nanti.
ReplyDeleteSelagi ada peluang dan kita selesa, redah je.