Esok dah kerja
Assalamualaikum dan hi kepada semua blogger. So how korang punya cuti? cuti yang bernas kali ni? setiap kali janji dengan diri nak rehat la kononnya bila cuti tapi bila je cuti ada je plan. Otak tu tak boleh duk diam diam (geleng kepala). Kaki lagi lah asyik berjalan je tahu muehehehe. Setiap kali cuti mesti macam ni. Cuti kali ni unnie habiskan masa dengan family and kawan yang rapat. Malaysia ni banyak betul cuti kan tapi still kita mesti lagi rasa tak puas kan? betul tak? hehe.
Entry hari ni unnie tak buat any product pun mungkin minggu lagi satu or lagi satu? bergantung pada masa unnie, kalau sibuk mungkin akan ditangguhkan post (eceh,perasan betul blog syok sendiri ni). Tapi tapi tapi, bestnya kalau jadi budak sekolah.... risau masalah kerja sekolah tak siap je kan hehehe, tulah orang kata jadi budak lagi best sebab dia tak banyak benda nak dirisaukan.
Humm..lagi satu, unnie selalu ingat nak marathon drama korea la kononnya bila cuti tapi hampeh tak buat pun. Dah kata kaki tak boleh duk diam kan, asyik berjalan kesana sini jadinya nak marathon drama korea tu terkuburlah, entah bila nak marathon koreanya,last last tak tengok pun. Korang any suggestion drama korea yang baru best nak tengok?
Entry yang akan datang mungkin pasal product yang unnie ada mention sebelum ni...product ni tak popular pun, biasa je tapi unnie rasa product ni sangat berguna banyak kegunaan dan lagi satu harga dia tidak lah mahal. Budak sekolah pun boleh beli, murah je. Korang mesti dah tahu tapi unnie post bagi yang tak tahu or baru tahu pasal product ni. Unnie biasanya akan test dulu setiap produk tu sebelum post diblog, so review yang unnie buat, biasanya berdasarkan hasilnya pada unnie tapi setiap pembaca seharusnya beringat bahawa setiap produk berbeza hasil bergantung pada orang atau sipemakai (eceh, bahasa apa ni unnie taip?hmmm). Okay sampai sini sahaja, bye byeee, unniexoxo.
Note: Unnie akan buat blogwalking malam ni hehehehe
Kita dah marathon drama korea sementelah UiTM cuti 5 bulan kan. Isnin minggu depan dah start sem baru :') Selamat bekerja!
ReplyDeleteBestnyaaaaa cuti lamaaaa, 5 bulan tuu, unnie dah tak boleh rasa cuti lama-lama dah huhuhu....Selamat masuk sem baru! semoga sem baru lebih baik dari sem yang lepas :D
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam singgah dan follow sini :)
ReplyDelete