Neutrogena Facial Cleanser



Hai bloggers, yep unnie hari ni post entry tetengah pagi buta. Entry kali ni pendek je, tak nak cerita panjang panjang. Ramai orang tanya unnie, unnie pakai skincare apa..mostly diaorang tanya kat instagram through DM terus personal dengan unnie. Unnie jujurnya pun masih lagi mencari produk yang sesuai dengan kulit. Kulit unnie ni kadang berubah-ubah kadang ikut musim...kalau cuaca panas pakai jenama lain...nanti hujan tukar lain pula. Unnie ada mention kat post sebelum ni yang kulit unnie takde lah flawless sampai takde jerawat. Jerawat tu ada tapi tengok keadaan. Normalnya kalau nak datang period mesti lah ada dua tiga hari sebelum period. Sebelum ni unnie guna Bar Soap Sebamed, bagi unnie Sebamed Bar Soap ni sesuai kalau untuk kulit jenis sensitif tak sensitif lagi boleh pakai, bau dia wangi...bau macam baby pun bau ala ala susu pun ada.

LIQUID NEUTROGENA [pure mild facial cleanser] : ★★★★★ // RM20++
Tapi sekarang unnie bertukar pula kepada Neutrogena. Not bad lah...bahan chemical dia tak kuat macam Sebamed juga, so rasa safe sikit bila pakai tu. First unnie beli yang Neutrogena yang sebelah kiri tu. Yang kiri tu takde bau (free fragrance)....try bau pun..ada lah sikit bau tapi macam bau ubat. Neutrogena yang sebelah kiri ni unnie rasa sesuai untuk kulit yang sensitif dan juga tak berapa nak sensitif. Maksudnya kalau korang ada masalah jerawat pun boleh guna tapi unnie rasa kesan dia mungkin lambat sedikit. Pada yang suka pakai makeup rasanya tak perlu nak guna makeup remover kot, cuci pakai Neutrogena sebelah kiri ni pun dah bersih. Kalau pakai makeup tebal rasanya baru perlu guna makeup remover. Boleh dapat di mana-mana cawangan Watson atau Guardian, atau mana-mana farmasi yang terdekat

NEUTROGENA IMPROVED FORMULA [deep clean facial cleanser] : ★★★★★ // RM20++
Neutrogena ni pula , unnie rasa tak berapa sesuai dengan kulit unnie. Hum menyesal sikit...sebab dia buat kulit muka unnie kering. Tapi yang ini ada bau..unnie rasa yang improved adalah dia upgrade ada bau. Bau dia macam bau orange. Wangi. Yang ini kalau ada kulit jerawat dan kalau jenis kulit sensitif unnie tak berapa nak recommended kan. Takut pula. Rasa yang ini macam chemical dia kuat sikit sebab first pakai kulit unnie terus mengelupas haih, terus tak pakai. Terdesak baru pakai. Unnie rasa yang Liquid Neutrogena Pure Mild Facial Cleanser tu better lagi. Memang takde bau bila pakai tapi chemical dia tidak bagi tindak balas yang tidak sepatutnya, contoh tadi unnie pakai yang Improved Neutrogena tu, baru first pakai dah mengelupas..harga dia lebih kurang je. Yang ini pun sama kalau guna light makeup, boleh cuci guna ni sahaja tidak perlu guna makeup remover. Neutrogena Improved Formula ni pun boleh didapati di mana mana cawangan Watson dan Guardian yang berdekatan dengan korang atau mana mana farmasi yang terdekat.

Comments

  1. tak pernah dengar produk nie, mungkin matjo lelaki kot, dengar jenama laki je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, produk ni biasa perempuan yang guna...kalau lelaki nak guna pun tak salah :)

      Delete
  2. Samalaahhhh... Masih tengah cari yang sesuai juga lagi... 😪
    Kulit ni sensitip! Silap sikit, terpaksa bertabah dengan jerawat naik pastu merah-merah muka. Sekarang ni tengah pakai himalaya neem gel cleanser. So far, ok lah kot. Oil control tu kiranya ok lah, cegah jerawat menyinggah hehe ☺

    ReplyDelete
  3. Ramai guna Himalaya...lepas ni nak try la pula Himalaya tu kot sesuai :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dr.Ko Skin Specialist Review

Cetaphil Gentle Skin Cleanser & Low pH Good Morning Gel Cleanser

Peripera Foundation