March
Hello bloggers, sedar tak sedar dah masuk bulan March dah. Sekejap je masa berlalu kan? ye ke? hummm mungkin sebab unnie tak sibuk kot. Bulan March ni apa yang unnie nak cuba buat adalah, pertama unnie nak minum banyak air masak or air mineral. Sebab unnie asyik minum air yang manis je tapi air yang gas unnie tak minum cuma unnie banyak minum air manis je. Hari tu ada try buat, unnie isi air masak dalam botol or beli air mineral yang dalam botol besar tu baru unnie minum sampai habis air tu kalau bukan dalam botol unnie susah nak minum air masak. Pelik? Unnie pun rasa pelik. Dalam botol baru nak minum, kalau tak jangan harap la nak minum air masak.
Kalau difikirkan balik sebab itu kot kulit unnie kering sebab tak minum air masak. Unnie kena try bulan ni kena challenge diri ni minum air masak. Kedua unnie nak try tidur awal? tapiiii ni susah sikit sebab kalau tak ngantuk tak boleh nak tidur. Unnie susah nak tidur tapi senang bangun. Kalau nak tidur tu proses dia ada laa mengambil dalam 1 jam? lama tak? Godek godek instagram,main game laa sampai ngantuk. Sampaikan dah jadi habit sebelum tidur mesti kena dengan phone atau main game. Macam tak elok je kan? memang tak elok pun haiyoo. Unnie senang tidur bila penat. Penat betul then boleh tidur terus. Ni masalahnya kalau duduk rumah je takde buat apa. hummm.
Ketiga, unnie kena kemas almari baju yang berlambak baju. Tapi masih lagi kata takde baju. Tapi biasa lah, itu perempuan kaan hehe. Tapi bila kemas esok dua tiga hari nanti dia dah mula berupa macam biasa. hummmm. Apa perangai unnie ni. Korang jangan mencontohi perangai unnie yaa. Tak elok. Bukan calon menantu macam ni hehe. Oopss.
Keempat, kalau kesempatan...unnie nak try buat doodle or cartoon simple. Ada skill sikitkan apa salahnya trykan. Dulu pernah buat but sangat penat sebab pakai button laptopkan...unnie rasa kalau ada mouse senang sikit. Nak beli tab untuk doodle tu tapi unnie buat suka suka bukan untuk komersial pun, rasanya tak perlu dulu. Insyaallah, kalau unnie dah beli mouse laptop unnie try buat, mana tahu siapa yang suka benda benda yang cute...unnie boleh lukiskan? korang boleh letak kat blog korang? tapi you need to credit unnie lah,simple jee hehe. Okay sampai sini sahaja, unnie nak sambung tengok korean drama Introverted Boss hee.
I'm having trouble sleeping early too. SNS keeps me awake till 2-3 am
ReplyDeletehttps://nurulrasya.com/blog/quotes-try-live-japanese-quotes-english-translation/
@Nurul Rasya
ReplyDeleteAgree, especially instagram. It's like they have a magic and can make our eyes glued to the screen phone. Harap malam ni boleh tidur awal sikit dari biasa. Thank you sebab comment :).
I think you could finish the bottled mineral water sbb rasa dia berbeza act dr air masak.. And I have a bad sleeping habit too.. Kena tutup fon baru reti nak tido.. hhaha
ReplyDeletegood luck, in everything you do :)
ReplyDeleteSemoga semua yang unnie nak lakukan tu terlaksana dengan jayanya! 😉
ReplyDelete