Posts

Showing posts from 2017

Esok dah kerja

Image
Assalamualaikum dan hi kepada semua blogger. So how korang punya cuti? cuti yang bernas kali ni? setiap kali janji dengan diri nak rehat la kononnya bila cuti tapi bila je cuti ada je plan. Otak tu tak boleh duk diam diam (geleng kepala). Kaki lagi lah asyik berjalan je tahu muehehehe. Setiap kali cuti mesti macam ni. Cuti kali ni unnie habiskan masa dengan family and kawan yang rapat. Malaysia ni banyak betul cuti kan tapi still kita mesti lagi rasa tak puas kan? betul tak? hehe. Entry hari ni unnie tak buat any product pun mungkin minggu lagi satu or lagi satu? bergantung pada masa unnie, kalau sibuk mungkin akan ditangguhkan post (eceh,perasan betul blog syok sendiri ni). Tapi tapi tapi, bestnya kalau jadi budak sekolah.... risau masalah kerja sekolah tak siap je kan hehehe, tulah orang kata jadi budak lagi best sebab dia tak banyak benda nak dirisaukan. Humm..lagi satu, unnie selalu ingat nak marathon drama korea la kononnya bila cuti tapi hampeh tak buat pun. Dah kata kaki

The Body Shop: Vitamin E Hydrating Face Mist

Image
Assalamualaikum semua, yesss akhirnya. Last unnie updated blog bulan June right? dah 2 bulan dah unnie tak updated blog. Fuh fuh fuh berhabuk dah blog hehe. Oooh yeah, esok merdeka 31 Ogos 2017,Selamat Hari Merdeka kepada semua yang bergelar rakyat Malaysia dan Selamat Hari Raya Haji kepada semua muslim. Okay berbalik tadi, sorry unnie lama tak updated blog Syok Sendiri ni muehehehehe sebab sibuk bekerja dan sangat penat. Korang mesti curious unnie ni kerja apa sampai penat, takkan blog tak boleh nak updated kan...kerja biasa sahaja tapi kalau ada sedikit masa tu unnie gunakan untuk luangkan masa dengan family. Okay, so todaaayyy, unnie nak updated pasal produk The Body Shop: Vitamin E Hydrating Face Mist. Produk ni unnie baru consume sebulan mungkin? macam korang tahukan, negara kita ni kan suam suam panas (eh, ye ke suam?hehe). Bagi kulit yang jenis kering unnie rasa sangat sesuai untuk pakai produk ni sebab dia bagi lembap kan kulit korang. Buat masa ni unnie pakai produk ni t

Innisfree (Sunblock, BB Cushion and Mask)

Image
Hello blogger blogger,Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Malam. Seperti yang unnie post sebelum ni, unnie kata mesti update atleast time raya betul tak? Rasanya ada? Unnie ingat nak update awal tapi kesihatan tidak mengizinkan so raya keempat nak masuk raya kelima baru unnie boleh update. Raya okay okay je so so. Dah besarkan so tidak lah macam dulu. Sekadar sederhana sahaja raya. Unnie hari ni tak nak cerita pasal raya sebab everywhere mesti cerita pasal raya, baju berapa pasang, berapa jenis kuih, singgah rumah sedara beraya, berapa duit raya dapat (eceh dah besar dapat lagi keee hehe. Okay, so pada raya keempat unnie dah rasa sihat boleh lah keluar pergi jalan jalan dengan kawan then beraya sekali dengan kawan. Macam dah lama tak shopping sebab sibuk, simpan niat je mampu...hari hari tengok barang online sebab takde masa nak keluar, sedihnya bila taip huhu. So pada hari ini.... unnie mengambil kesempatan beli yang unnie nak beli.Oh well bila lama tak shopping sekal

June

Image
Hello bloggers,eh dah masuk June dah... sebelum tu, selamat berpuasa kepada semua bloggers yang menunaikan ibadah puasa. Dah lamakan unnie tak update? nak dekat sebulan dah unnie tak update blog sebab sibuk kerja je kan. Balik kerja je pun dah malam, susah ada masa nak update. Kalau ada masa pun unnie buat perkara yang patut dulu selain berblog. Hummm....bulan bulan lepas takde cerita menarik pun nak cerita dekat blog...macam daily life korang, pergi kerja, balik kerja, tidur,makan, sabtu pagi pergi pasar dengan mak, ahad rehat tak pun bawa mak keluar jalan or jalan dengan kawan. Nothing much. Seperti korang sedia maklum, unnie ni peminat drama korea muahahahaha. Dulu kpop. Heh, sekarang ni dah slow dah...beralih ke drama korea pula. Tapi tak lari jauh tetap korea juga hehe. Sekarang ni unnie tengah tengok dua cerita je, yang lain tu nak tengok tapi simpan dulu hehe. Nanti penuh jadual semua nak tengok. Sekarang ni unnie tengok dua ni dulu drama MAN TO MAN starring Park Hae jin and

Body Mist

Image
Hai bloggers, dah seminggu ke unnie tak update blog? ke lebih seminggu? Unnie dah start kerja so thats why unnie kurang update tapi unnie kena make sure atleast kena update juga dalam sebulan tu, kalau tak update nanti blog ni mereput macam yang dulu. Kenot kenot. Okay,entry kali ni unnie nak update pasal body mist, yes dia berbau wangi tapi bukan lah perfume yang boleh tahan lama. Unnie suka wangi tapi perfume unnie tak berapa sangat...unnie more to body mist. Sebab satu dia murah dari perfume dan satu lagi bekas dia besar. Dari segi ketahanan lama atau tidak bau dia tu kena pandai pilih lah. Kalau unnie, unnie jenis tidak kisah sama ada dia murah atau mahal janji dia elok, tidak meninggalkan kesan bila spray kat baju dan yang penting wangi. Kalau lepas mandi tu, mesti best kalau spray body mist. Mesti rasa segar dan wangi. Body mist kat atas ni, dia takde jenama tapi bau dia sedap...unnie tak tahu kenapa unnie rasa bau wangi coconut sedap...entah rasa macam ada magic je..ada ora

Simple Step Makeup

Image
Hello bloggers, unnie nak cerita hari ni ialah 'Simple Step Makeup' dimana korang boleh try buat or kepada siapa siapa yang baru nak up sikit. Kalau sebelum ni keluar just guna lipbalm/ lipstik,muka letak compact powder je takde foundation, guna eyeliner tapi takde mascara...dan tidak guna blusher. 1. Lipbalm Perkara pertama korang nak kena jaga ialah korang punya bibir, sebab kalau bibir kering tak lawa lah nak pakai lipstick. Nanti bercapuk lipstick kat bibir. Tips ni untuk orang yang mempunyai bibir kering, macam unnie ni haa hehe. Jenama yang okay unnie rasa Bodyshop, Sebamed, Lip Ice Mentholatum or Nivea or kalau ada yang lain yang sesuai dengan korang pun boleh guna. Unnie suggest kan sahaja :). 2. Blur Cream /Primer Okay yang ini fungsi dia lebih kurang macam foundation tapi dia tidak mempunyai coverage yang tinggi maksudnya tidak menutup cela cela yang ada di muka. Blur cream ni kalau guna boleh blurkan cela yang ada kat muka, dah nama pun blur kan so dia just

Neutrogena Facial Cleanser

Image
Hai bloggers, yep unnie hari ni post entry tetengah pagi buta. Entry kali ni pendek je, tak nak cerita panjang panjang. Ramai orang tanya unnie, unnie pakai skincare apa..mostly diaorang tanya kat instagram through DM terus personal dengan unnie. Unnie jujurnya pun masih lagi mencari produk yang sesuai dengan kulit. Kulit unnie ni kadang berubah-ubah kadang ikut musim...kalau cuaca panas pakai jenama lain...nanti hujan tukar lain pula. Unnie ada mention kat post sebelum ni yang kulit unnie takde lah flawless sampai takde jerawat. Jerawat tu ada tapi tengok keadaan. Normalnya kalau nak datang period mesti lah ada dua tiga hari sebelum period. Sebelum ni unnie guna Bar Soap Sebamed, bagi unnie Sebamed Bar Soap ni sesuai kalau untuk kulit jenis sensitif tak sensitif lagi boleh pakai, bau dia wangi...bau macam baby pun bau ala ala susu pun ada. LIQUID NEUTROGENA [pure mild facial cleanser] : ★★★★ ★ // RM20++ Tapi sekarang unnie bertukar pula kepada Neutrogena. Not bad lah...bah

Hobi Lama

Image
Hai and assalamualaikum bloggers,hari ni macam hari hari biasa tapi hari ni hujan lebat pula, alhamdulliah sejuk sikit kalau tak panas, tidur tak pakai selimut langsung. Tajuk hari ni hobi lama...apa hobi lama unnie ek? Dulu zaman sekolah dengan time diploma dulu unnie rajin buat benda alah ni..ada yang panggil ni cartoon lah ada yang panggil doodle lah...tapi dua ni lebih kurang je kot. Memandangkan korang tak tahu rupa unnie macam macam kan. So unnie pun lukislah ala ala macam unnie. Kalau realitinya pun tak jauh beza. Lama tak buat rasa semangat pula, cuma hadap benda ni selalu kadang mesti bosan tapi kalau unnie bosan tu sekejap je kalau buat benda ni sebab bila dah siap...mesti ada rasa bangga sikit eh ceh. Dulu unnie ambik request tapi tak ramai pun unnie ambik sebab takut takde masa kan dan takut tak boleh siap on time. Dah berapa tahun dah unnie tinggal ni..adalah 3 tahun? last buat time diploma je. Unnie lukis random je...takde motif pun. Sebab fikir rasa panas teringi

Peripera Ink Velvet

Image
Assalamualaikum and hai bloggers, dah 2 minggu unnie tak update blog. Dalam 2 minggu unnie tak update tu...unnie pergi menimba pengalaman bekerja sekejap. Walaupun hanya 2 minggu tetapi rasa berbaloi sebab boleh rasa pengalaman bekerja dalam bukan bidang kita. Selama 2 minggu tu unnie bekerja dalam bidang sales. Unnie tidak lah terkejut sebab unnie ada contoh iaitu ayah unnie sendiri yang bekerja dalam bidang sales ni. Hari-hari balik malam. Selalu ayah mengadu sakit belakang dengan sakit kaki. itu biasa. Bila kita sendiri bekerja dan merasanya sendiri baru kita tahu rasa penatnya macam mana dan rasa ruginya kalau kita cuti. Mula-mula kerja tu, biasalah kalau buat sales kita tidak dibenarkan duduk...lagi-lagi kalau ada customer. Unnie yang muda ni pun boleh rasa sakit belakang dengan sakit kaki apa lagi kalau orang yang dah berumur masih lagi bekerja, nak lagi kerja dalam bidang macam ni. So, korang mana ada ibu bapa yang masih dan gigih lagi bekerja walaupun dah berumur..kena lah ada

Psoriasis atau Kulit Kuping

Image
Hai, bloggers. Hari ni unnie update awal sikit entry demi misi mencuba tidur awal. Entry kali ni unnie nak buat pasal penyakit kulit kuping atau bahasa sainsnya psoriasis. Korang tahu apa tu penyakit psoriasis? Pernah mengalaminya? Mari unnie kenalkan apa itu psoriasis. Definasi Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. Tanda-tanda Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah : Keguguran sisik pada kulit Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza Jenis-jenis psoriasis - Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok - Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. - Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dip

March

Image
Edit by Unnie, Photo from StockSnap.io Hello bloggers, sedar tak sedar dah masuk bulan March dah. Sekejap je masa berlalu kan? ye ke? hummm mungkin sebab unnie tak sibuk kot. Bulan March ni apa yang unnie nak cuba buat adalah, pertama unnie nak minum banyak air masak or air mineral. Sebab unnie asyik minum air yang manis je tapi air yang gas unnie tak minum cuma unnie banyak minum air manis je. Hari tu ada try buat, unnie isi air masak dalam botol or beli air mineral yang dalam botol besar tu baru unnie minum sampai habis air tu kalau bukan dalam botol unnie susah nak minum air masak. Pelik? Unnie pun rasa pelik. Dalam botol baru nak minum, kalau tak jangan harap la nak minum air masak. Kalau difikirkan balik sebab itu kot kulit unnie kering sebab tak minum air masak. Unnie kena try bulan ni kena challenge diri ni minum air masak. Kedua unnie nak try tidur awal? tapiiii ni susah sikit sebab kalau tak ngantuk tak boleh nak tidur. Unnie susah nak tidur tapi senang bangun. Kalau nak

Random Thoughts [ 1 ]

Image
Hello bloggers,hari ni entry bukan pasal product makeup ke or cosmetic tapi entry kali ni pasal life student. Siapa student sini or pernah bergelar student angkat tangan! unnie seorang yang pernah bergelar student. Baru je habis and baru je dapat result hari tu. Alhamdullillah, untuk sem akhir ni unnie dapat DL. Haha tak tahu unnie buat apa...total semua 6 sem hanya 2 sem sahaja tak dapat DL kalau tak dah boleh jadi Naib Canselor dah..nampaknya bukan rezeki unnie. Now unnie tengah struggle nak cari kerja, I tell you bukan senang nak dapat kerja sekarang ni. Unnie adalah buat business sikit sikit jual jual. Walaupun tak nampak untung sekarang ni tapi masa akan menunjukkan hasilnya. Kena sabar.

Peripera Foundation

Image
Hello bloggers! (krik krik), okay unnie rasa blog ni blog SS (syok sendiri) hehe. Takpe unnie tak kisah...siapa siapa yang tersinggah dan faham bahasa melayu dan terbaca, unnie ucapkan terima kasih. Hari ni unnie nak post pasal foundation Peripera. Tak pernah dengar jenama ni? Kalau korang jenis minat korea mesti tahu jenama ni. Unnie memang suka makeup and duit unnie pun banyak ke produk produk makeup ni. Kata nak save tapi tak save save pun, last last mesti beli makeup. Okay jangan contohi perangai unnie ni, tak elok. Type kulit unnie ni cerah medium,condition kulit adalah combination, jerawat akan bertapak dimuka apabila musim period atau selepas period sahaja. Unnie seriously recommended yang ni! PERIPERA BLUR PANG PEACH MILK BLUR . Kenapa unnie recommend kan yang ini, sebab kalau kulit korang jenis pucat takde warna (macam muka unnie ni *sigh*) dan sememangnya bergantung dengan dengan makeup kalau keluar yang ini jawapannya kalau nak bagi kulit korang ada colour sikit. Unnie p

Ignore This Post As Possible As You Can. Please.

Hello bloggers, I know this blog takde orang baca pun. Tapi siapa tahukan ada orang baca. Betul tak? Nak di mulakan, post ni...unnie nak luahkan perasaan. Unnie bukan jenis yang luahkan perasaan. Tapi kali ni unnie tak boleh nak simpan semua. Speechless. OH MY GOD. Unnie ni jenis banyak fikir kat dalam je, hanya yang perlu diluahkan sahaja perlu diberitahu. Susah betul kalau jadi orang yang separa pendiam ni. Unnie faham perasaan orang yang betul betul pendiam. Nak tulis dalam blog ni pun bukan senang bagi unnie. Unnie fikir patut ke? boleh ke? tak salahkan? Susah betul diri ni. Banyak sangat fikir dengan simpan sampaikan susah nak luahkan.

2017 please be nice with me

Image
Assalamualaikum and hai bloggers , unnie will start blog again! Adakah unnie baru dalam dunia blogger? uummm not sure, but unnie ON and OFF blogger type. Around 2009 unnie mula berblog tapi tak active juga and dalam tahun 2010 macam tu unnie terlebih rajin berblog, so pada tahun 2010 tu unnie memang active berblog but pada tahun 2013 I think? unnie dah start slow sebab sibuk with university, dengan project, presentation, test, final exam lagi FUHH time tu unnie rasa tak boleh nak bagi focus untuk blog . So unnie pun decide lah untuk berhenti berblog kononnya. But if kita dah ada naluri sebagai blogger kita akan rasa ada sedikit nak mula berblog balik tapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan sebab unnie terlalu sibuk dengan hal universiti dan hal hal manusia sekalian jadinya unnie tangguhkan niat untuk berblog. So hanya menatap blog blogger blogger sekalian yang sangat cantik dan canggih selama tak berblog ni . Motif unnie buat blog hanya untuk kongsikan tentang daily l